Protagonis palsu

Protagonis palsu adalah teknik penceritaan melibatkan watak yang dianggap penonton sebagai protagonis namun dibongkarkan atau dinyatakan sebaliknya beberapa lama kemudian dalam jalan cerita. Pendekatan ini sering digunakan untuk membuat plot lebih mendebarkan atau lebih berkesan dengan mengalihkan sangkaan penonton.Watak ini sering ditunjukkan pada permulaan karya sebagai watak yang diutamakan perhatiannya namuni kemudian dikeluarkan, selalunya dengan membunuhnya (biasanya kerana nilai kejutan atau sebagai memutarbalikkan plot) atau diubah dari segi peranan mereka dalam cerita (iaitu menjadikan mereka watak yang lebih rendah, watak yang meninggalkan cerita, atau mendedahkan mereka sebagai antagonis).[1]